Sosial
Pertubuhan Kesihatan Sedunia berpendapat bahawa merokok adalah satu aktiviti ketagihan. Merokok secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang itu terlibat dengan najis dadah. Hal ini disebabkan rokok merupakan bunga kepada dadah. Keadaan ini boleh digambarkan sebagai permulaan untuk menjinakkan diri dengan bahan- bahan yang tidak mendatangkan sebarang manfaat seperti melepak dan penagihan dadah. Ini sekaligus, akan meningkatkan masalah sosial dalam masyarakat. Merokok juga sering bermula pada zaman remaja. Kaji selidik yang dilakukan oleh Global Youth Survey mendapati 20 peratus daripada pelajar yang berumur 13 tahun hingga15 tahun adalah perokok, manakala remaja bawah 18 tahun yang merokok juga meningkat sehingga 20 peratus.
Ini kerana remaja merupakan satu fasa dimana mereka sedang mencari identiti. Oleh itu, meraka sangat mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah terutama daripada rakan-rakan. Para remaja juga mempunyai sikap ingin tahu dan ingin mencuba yang tinggi. Selain itu, ibu bapa yang merokok juga akan menggalakkan anak-anak cuba untuk merokok. Ini kerana anak-anak merasakan merokok itu tidak akan mengakibatkan apa-apa keburukan. Dan selalunya ibu bapa merupakan contoh yang paling dekat dan merekalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak. Anak-anak akan mudah mengikuti apa yang dilakukan oleh ibubapa mereka.
No comments:
Post a Comment