Wednesday, September 18, 2019

CARA MENGATASI KETAGIHAN ALKOHOL

CARA MENGATASI KETAGIHAN ALKOHOL:


  1. BERJUMPA PAKAR
  2. UBAH SIKAP ANDA UNTUK BERHENTI MINUM
  3. TENTUKAN TANGGAL TERTENTU UNTUK BENAR BENAR BERHENTI
  4. MEMBUANG BOTOL ATAU BEKAS YANG BOLEH MENGIGATKAN KITA TENTANG ALKOHOL

Tuesday, September 17, 2019

CARA-CARA UNTUK BERHENI MEROKOK

1. FAHAMI SEBAB ANDA MAHU BERHENTI

2. BINA PELAN UNTUK BERHENTI

3. PILIH TARIKH UNTUK BERHENTI

4. MENGAWAL PENYEBAB KEINGINAN MEROKOK DAN KETAGIHAN

5. BINA SOKONGAN UNTUK KEKAL BEBAS TANPA ROKOK

6. HAPUSKAN BENDA YANG MENGINGATKAN ANDA TENTANG ROKOK

7.  SEDIAKAN GANJARAN UNTUK PENCAPAIAN ANDA

8. DAPATKAN BANTUAN PROFESIONAL

HIKMAH MENJAUHI ALKOHOL

HIKMAH MENJAUHI ALKOHOL IALAH:

1.MENJAGA AGAMA
2.MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN
3.MENJAUHI PEMBAZIRAN
4.MEJAGA KESELAMATA DIRI,KELUARGA DAN NEGARA.
Image result for hikmah menjauhi alkohol
SUMBER:KOSMO.COM.MY

INHALAN

APAKAH ITU INHALAN?

    INHALAN ialah sejenis bahan kimia yang disedut melalaui pernafasan.Ia juga boleh mengakibatkan kesan-kesan psikoaktif.

APA ITU PSIKOAKTIF?
   
   PSIKOAKTIF ialah bahan yang bekerja pada otak sehingga dapat menimbulkan perubahan tingkah laku.

KESAN ALKOHOL PADA KESIHATAN

KESANYA IALAH: 
                                                                         
1.KETGIHAN
2.HILANG INGATAN
3.STROK
4.MATI PUCUK
5.TEKANAN DARAH TINGGI
6.KANSER GASTER
7.ANEMIA
8.KEKURANGAN ZAT MAKANAN
                              Image result for kesan pengambilan alkohol 
SUMBER:UTUSAN.COM.MY

KESAN-KESAN ROKOK

Ekonomi

Di samping itu, merokok mengundang ke arah pembaziran. Wang yang sepatutnya digunakan ke arah kebaikan telah digunakan untuk membeli rokok iaitu satu perkara yang tidak bermanfaat. Seharusnya wang yang diperolehi perlu dilaburkan ke arah yang lebih baik seperti untuk pelajaran, makanan, memperbaiki taraf hidup keluarga, meningkatkan ekonomi negara dan lain-lain lagi. Dengan ini dapat dilihat yang merokok merupakan satu pembaziran harta. Satu kajian telah dilakukan oleh seorang sarjana Barat, C. Everentt Koop, golongan perokok kebanyakannya mati pada usia muda berbanding dengan golongan yang tidak merokok. Hal ini amat membimbangkan terutamanya pihak kerajaan yang terpaksa menanggung risiko kekurangan tenaga kerja dalam pelbagai sektor apabila pekerja yang merokok mati pada usia yang muda walaupun mati itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Merokok juga akan menyebabkan seseorang itu hilang fokus dalam melakukan pekerjaan terutama bagi mereka yang ketagih dan akan mengurangkan prestasi kerja seseorang. Secara tidak langsung pula, akan mengurangkan produktiviti sesebuah syarikat serta melemahkan taraf ekonomi negara.

DADAH

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DADAH


DADAH ialah satu bahan kimia yang digunakan pada tubuh manusia atau haiwan untuk merawat, mentiasat atau mencegah ketagihan, kemerosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna apabila dimakan, diminum atau dimasukkan ke dalam badan dengan berlebihan atau tidak mengikut had dan peraturan

KESAN-KESAN ROKOK

Sosial

Pertubuhan Kesihatan Sedunia berpendapat bahawa merokok adalah satu aktiviti ketagihan. Merokok secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang itu terlibat dengan najis dadah. Hal ini disebabkan rokok merupakan bunga kepada dadah. Keadaan ini boleh digambarkan sebagai permulaan untuk menjinakkan diri dengan bahan- bahan yang tidak mendatangkan sebarang manfaat seperti melepak dan penagihan dadah. Ini sekaligus, akan meningkatkan masalah sosial dalam masyarakat. Merokok juga sering bermula pada zaman remaja. Kaji selidik yang dilakukan oleh Global Youth Survey mendapati 20 peratus daripada pelajar yang berumur 13 tahun hingga15 tahun adalah perokok, manakala remaja bawah 18 tahun yang merokok juga meningkat sehingga 20 peratus.
Ini kerana remaja merupakan satu fasa dimana mereka sedang mencari identiti. Oleh itu, meraka sangat mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah terutama daripada rakan-rakan. Para remaja juga mempunyai sikap ingin tahu dan ingin mencuba yang tinggi. Selain itu, ibu bapa yang merokok juga akan menggalakkan anak-anak cuba untuk merokok. Ini kerana anak-anak merasakan merokok itu tidak akan mengakibatkan apa-apa keburukan. Dan selalunya ibu bapa merupakan contoh yang paling dekat dan merekalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak. Anak-anak akan mudah mengikuti apa yang dilakukan oleh ibubapa mereka.

KESAN-KESAN ROKOK

Alam sekitar

Selain membahayakan kesihatan diri, merokok juga boleh mencemarkan persekitaran. Asap rokok akan menyebabkan pencemaran udara. Jadi, bukan hanya mereka yang merokok yang mendapat keburukan malahan, orang sekeliling turut merasa kesukaran untuk mendapatkan udara yang bersih dan segar. Tambahan pula, puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan alam sekitar seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain seperti demam denggi.Selain itu, alam sekitar akan kelihatan kotor dan akan menyebabkan datangnya masalah pencemaran air dan lain- lain. Sebagai contoh, apabila sistem pengairan terganggu,bencana alam boleh berlaku seperti banjir kilat. Merokok juga menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran. Ini boleh dilihat apabila mereka yang merokok kurang rasa tanggungjawab untuk membuang puntung rokok yang masih berbara di merata-rata tempat. Kebakaran juga menyebabkan peningkatan kandungan karbon dioksida dan karbon monoksida meningkat dan penghuni Bumi akan merasai kekurangan oksigen untuk bernafas dan menaikkan suhu bumi sekaligus mengakibatkan pelbagai bencana alam akibat perbuatan manusia sendiri.

KESAN-KESAN ROKOK

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Rokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan disebabkan oleh bahan kimia yang berbahaya dalam asap rokok. Kesan tersebut boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh badan.
Antara kesan jangka pendek ialah mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok tersebut.Selain itu, menghisap rokok boleh mengganggu daya pendengaran dan penglihatan kerana mengurangkan kadar pengaliran darah ke seluruh tubuh badan. Perokok selalunya mempunyai nafas yang berbau dan mudah mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi menjadi kuning. Mereka yang merokok juga akan menghadapi kesukaran untuk bernafas dan mudah merasa letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya apabila bersukan.
Dalam jangka panjang, rokok boleh membahayakan kesihatan diri kerana bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok yang boleh mengurangkan fungsi sekaligus merosakkan organ dalam tubuh kita. Sebagai contoh, nikotin yang ada didalam rokok boleh menyebabkan ketagihan sekiranya menghisap rokok secara berulang kali. Selain itu, tembakau boleh mengakibatkan penyakit jantung dan barah. Terdapat lebih kurang 63 bahan kimia didalam rokok yang akan menyebabkan barah paru-paru, mulut, usus, tekak dan payudara. Penghisap rokok tegar akan menghidap penyakit strok, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis, mandul dan penyakit paru-paru seperti asthma dan bronkitis (jangkitan pada paru-paru).
Hampir satu per empat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanyaia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu Perokok juga bukan hanya membahayakan kesihatan diri sendiri malah turut memberikesan yang lebih merbahaya terhadap kesihatan orang sekeliling. Mereka yang menghidu asap rokok tanpa merokok dari orang yang merokok dikenali sebagai perokok pasif.Contohnya, kanak-kanak akan mudah mengidap penyakit paru-paru dan jantung seperti,asthma, mengganggu pertumbuhan paru-paru, kecacatan pendengaran, mempunyai IQrendah, masalah kawalan motor, keguguran dan mati dalam kandungan. Ibu mengandung juga akan mengalami implikasi yang buruk terhadap bayi dalam kandungan seperti melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan bayi kurang berat badan.

jenis - jenis rokok

Image result for jenis rokok buatan malaysia JENIS - JENIS ROKOK YANG TERDAPAT DI MALAYSIA
-DUNHILL
-GUDANG GARAM
-WINSTON
-SALEM
-MARLBORO

JENIS JENIS ALKOHOL

JENIS JENIS ALKOHOL:

  1. WINE
  2. BRANDY
  3. WHISKY
  4.  CHAMPAGNE
  5. JAGERMEISTER
  6. SAKE
  7. RUM
  8. ABSINTHE
  9. CARSBERG
  10. VODKA

HIV DAN AIDS

sumber : http://www.myhealth.gov.my/remaja-hivaids/

Apa itu AIDS?
AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) atau Sindrom Kurang Daya Tahan adalah satu penyakit yang serius disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus).
Seseorang individu mendapat AIDS apabila virus HIV telah merosakkan sistem pertahanan tubuh badan. Apabila sistem pertahanan badan tidak berfungsi, bakteria dan virus-virus lain boleh menjangkiti tubuh badan, menjadikan individu tersebut sakit teruk.

Bagaimana anda dijangkiti HIV?
Anda boleh dijangkiti HIV jika anda terdedah/tersentuh dengan bendalir badan individu yang HIV positif. Bendalir badan yang boleh menyebarkan virus ini adalah :
  • Darah
  • Cecair faraj
  • Air mani
  • Susu ibu
Bendalir yang dijangkiti ini boleh meresap ke tubuh badan seseorang semasa :
  • Mengadakan hubungan seks dengan individu yang HIV positif
  • Berkongsi jarum dan/atau alat suntikan dengan individu yang HIV positif ( contohnya: bertatu, bertindik/menebuk bahagian badan atau pengambilan dadah secara suntikan)
  • Terdedah kepada darah seseorang yang HIV positif
  • Ibu hamil yang HIV positif akan merebakkan virus kepada kandungannya semasa hamil, semasa kelahiran dan semasa penyusuan susu ibu
Anda TIDAK akan mendapat HIV melalui :
  • Bersalam
  • Berpeluk
  • Bersin ataupun batuk
  • Gigitan nyamuk atau lain-lain serangga
  • Berenang
  • Berkongsi perkakas untuk makan

Siapa yang berisiko untuk untuk mendapat HIV?
Jika anda :
  • Mempunyai ramai pasangan seksual
  • Penagih dadah secara suntikan
  • Pelacur
  • Homoseksual
  • Kakitangan perubatan

Bagaimana HIV bertindak ke atas tubuh badan?
HIV merosakkan sel pertahanan tubuh badan yang dipanggil ‘CD4 helper lymphocyte’ (Sel CD4).
Sel CD4 bertindak sebagai utusan kepada sel-sel sistem pertahanan tubuh badan yang lain, memberitahu mereka untuk melawan organisma yang menceroboh
HIV melekat dan menjangkiti sel CD4 dan mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV. Dalam proses ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan lain.
Mereka yang mendapat AIDS, tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga mendapat jenis kanser yang tertentu contohnya Karposi sarcoma dan lymphoma.
AIDS boleh melibatkan semua sistem dalam tubuh badan.

Bagaimana anda mengetahui yang anda HIV positif?
Tanda-tanda jangkitan HIV dan AIDS mungkin tidak timbul untuk beberapa tahun dan anda mungkin tidak mengetahui yang anda telah mendapat penyakit ini. Walaubagaimanapun anda masih boleh meyebarkan virus HIV kepada orang lain pada peringkat ini.
Jangkamasa tanda-tanda ini timbul bergantung kepada individu
Apabila Sistem Pertahanan Tubuh dilumpuhkan oleh Penyakit AIDS/HIV, tanda-tandanya termasuk :
  • Terlalu lemah dan lesu
  • Penurunan berat badan yang mendadak
  • Demam panas yang kerap
  • Peluh malam
  • Kelenjar limfa membengkak
  • Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut
  • Cirit-birit yang kronik
  • Batuk kronik
  • Hilang ingatan
  • Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat

Bintik-bintik putih pada mulut dan kerongkong
Bagaimana jangkitan HIV dikesan?
Jumpa doktor untuk ujian darah. Keputusan ujian darah akan mengambil masa beberapa hari.
Keputusan anda adalah sulit. Anda juga boleh mendapatkan sesi kaunseling untuk maklumat lanjut mengenai jangkitan HIV dan pencegahannya.
Bolehkah ia dirawat?
Pada masa ini jangkitan HIV tidak dapat dipulih sepenuhnya.
Kombinasi ubatan antivirus dan ubatan yang meningkatkan pertahanan tubuh badan digunakan untuk mengawal jangkitan, bagi terus hidup sihat dan memanjangkan usia pengidap HIV.

Bagaimana anda mencegah HIV?
Pada masa ini tiada vaksin yang berkesan.
Walau bagaimanapun jangkitan HIV dapat dicegah melalui :
  • Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
  • Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
    • Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.
    • Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan Chlamydia, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
    • Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.
  • Guna jarum bersih dan tidak tercemar
Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah di sisi undang-undang kecuali anda telah berkahwin.
  • Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa perhubungan seks dengan remaja perempuan yang berumur 16 tahun dan ke bawah, samada dengan persetujuan atau tidak, akan mengakibatkan lelaki berkenaan disabitkan kesalahan merogol.
Jika anda juga mengidap jangkitan seksual (STIs)pada masa yang sama, anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV semasa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.
Semakan Akhir:27 April 2012
Penulis:Dr. Hargeet Kaur Basant Singh
Penyemak:Dr. Nik Rubiah bt. Nik Abd Rashid