Wednesday, June 26, 2019

Lagu Dadah Durjana



sumber : https://www.youtube.com/watch?v=06hCY9P6KGk#action=share

Apa itu PPDa ?

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH


Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Anti Dadah telah mengisytiharkan ‘Dadah Musuh Utama Negara’. Dalam hal ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah, dan ibu bapa.
Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama :
  1. Pengurusan dan kepimpinan
  2. Kurikulum
  3. Kokurikulum
  4. Pembentukan sahsiah

MATLAMAT PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Matlamat Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ‘Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012’.

RASIONAL

Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada murid sekolah. Senario ini menjadi lebih membimbangkan disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk terlibat. Menyedari hakikat ini Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan melalui Program Sifar Dadah Sekolah Rendah atau ringkasnya PROSIDAR.
OBJEKTIF

  • Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
  • Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
  • Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni.
  • Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.
PRINSIP PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH

  • Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan program PPDa.
  • Pendidikan pencegahan dadah adalah untuk semua murid, guru, kakitangan sekolah, dan ibu bapa.
  • Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan ketahanan dan jati diri murid.
  • Pendidikan Pencegahan Dadah adalah tanggungjawab semua warga sekolah.
  • Program Pendidikan Pencegahan Dadah hendaklah menjurus ke arah ‘Sekolah Bebas Dadah 2012’.

sumber : http://ppdasksstemerloh.blogspot.com/p/pengenalan.html